LIMA, 6 April - Presiden Peru Dina Boluarte menyelar skandal berhubung penggunaan jam tangan mewah dan barang kemas berjenama mahal,.
Boluarte mengatakan bahawa barang-barang itu dipinjamkan kepadanya.
Beliau disoal siasat oleh pendakwa raya hampir lima jam pada Jumaat yang menumpukan kepada nilai jam tangan rolex dan barang kemasnya itu tidak sepadan dengan pendapatanya sebagai Presiden.
Boluarte berkata barang mewah itu dipinjamkan oleh rakannya untuk dipakai dengan alasan untuk sesuaikan gaya dengan statusnya sebagai pemimpin.
"Ia adalah satu kesilapan untuk menerima sebagai pinjaman jam tangan itu daripada rakan saya," katanya, sambil menambah dia sudah memulangkan jam tangan yang dipinjamnya.
Mengenai dakwaan dia memiliki gelang dan rantai berjenama mahal, dia berkata barang yang dimaksudkan adalah barang kemas pakaian yang lebih murah yang dibelinya beberapa tahun lalu.
"Tahukah anda jenama apa anting-anting dan rantai yang saya pakai hari ini? Unik (syarikat yang menjual kosmetik dan barang kemas). Lihat kotak kecil itu, benar-benar digunakan. Saya telah memilikinya selama lebih daripada lapan tahun," katanya.
Sambil menyifatkan penyiasatan itu sebagai 'pembohongan' Presiden itu menggesa pendakwa raya untuk menjadi lebih profesional. - REUTERS