fb fb fb fb fb

Gempa New York: Cetus panik penduduk

FOTO REUTERS

NEW JERSEY, 6 April - Kejadian gempa bumi yang melanda wilayah New York mengejutkan seorang tukang gunting rambut dan seorang pelanggan di Flanders, New Jersey.

Rakaman dari Walt's Barbershop menunjukkan reaksi terkejut mereka apabila dinding kedai mula bergegar ketika sedang memotong rambut pelanggan.

Gempa bumi berukuran 4.8 magnitud melanda berhampiran New York City pada pagi Jumaat, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) menggegarkan bangunan dan mengejutkan penduduk di kawasan terlibat.

Pusat gempa berada di Tewksbury di tengah New Jersey, kira-kira 40 batu (64 kilometer) barat New York City, berlaku sejurus 10:20 pagi ET (1420 GMT) pada kedalaman 4.7 kilometer (2.9 batu), kata USGS.

Tiada kerosakan besar dilaporkan, bagaimanapun Gabenor New York, Kathy Hochul dalam sidang akhbar memberi amaran kemungkinan ada gegaran susula.

Ketika ini pasukan kejuruteraan sedang memeriksa jalan dan jambatan. - REUTERS

TETITIA YUSOFF