fb fb fb fb fb

Dua maut dalam serangan baru Rusia ke atas Kharkiv, tujuh cedera

FOTO REUTERS

Ukraine, 6 April - Serangan baharu Rusia ke atas Kharkiv, bandar kedua terbesar di Ukraine telah mengorbankan dua orang awam dan mencederakan tujuh orang pada awal Sabtu, kata Gabenor wilayah Oleh Synehubov menerusi Telegram.

Televisyen awam Suspilne berkata sebuah bangunan pangsapuri di daerah Shevchenkivskyi telah rosak dan sebuah kedai terbakar.

Laporan berita lain mengatakan kejadian itu berlaku selepas tengah malam.

Synehubov sebelum ini melaporkan serangan di Kharkiv ke atas bangunan kediaman dan serangan peluru berpandu ke atas sebuah kampung di utara bandar itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kedua-dua kejadian itu.

Kharkiv, di timur laut Ukraine sering menjadi sasaran Rusia dengan serangan semakin meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pada Rabu serangan dron di bandar itu mengakibatkan empat orang awam terbunuh dan merosakkan kediaman. - REUTERS

TETITIA YUSOFF