fb fb fb fb fb

Kerajaan baharu Senegal ditubuh

Ousmane Sonko/ FOTO REUTERS

DAKAR, 5 April - Senegal menubuhkan kerajaan baharu dengan melantik 25 menteri dan lima menteri muda, kata Perdana Menteri Ousmane Sonko pada Jumaat, berikutan kemenangan besar pemilihan presiden dalam pilihan raya pada Mac.

Kabinet itu diluluskan oleh Presiden Bassirou Diomaye Faye, 44, dan melantik Sonko penyokong utama, sebagai perdana menteri.

Rakyat menolak Presiden Macky Sall selepas memegang kuasa selama 12 tahun.

Kabinet memerhati atas semua janji-janji Faye setelah kemenangannya, minggu lepas bekas pemeriksa cukai itu menjanjikan audit terhadap sektor minyak, gas dan perlombongan.

Pelantikan utama termasuk Cheikh Diba sebagai menteri kewangan, Diba sebelum ini merupakan pengarah pengaturcaraan bajet Kementerian Kewangan.

Manakana Abdourahmane Sarr dilantik sebagai menteri ekonomi.

Kementerian minyak dan tenaga akan diketuai oleh Birame Souleye Diop, yang merupakan naib presiden parti Sonko dan Faye yang kini dibubarkan Pastef.

Dua jeneral dinamakan menteri dalam negeri dan pertahanan.- REUTERS

TETITIA YUSOFF