fb fb fb fb fb

Presiden Madagascar dakwa cubaan kudeta oleh unit tentera

Foto AFP

ANTANANARIVO, 12 Oktober – Presiden Madagascar, Andry Rajoelina mendakwa sebuah unit tentera terdiri daripada pegawai pentadbiran dan teknikal telah memberontak dan sedang melakukan cubaan kudeta.

Ia susulan pengumuman yang dilakukan unit CAPSAT bahawa mereka telah mengambil alih kawalan ke atas semua pasukan tentera negara tersebut.

Ia ditambah apabila unit tersebut menyertai ribuan penunjuk perasaan di pusat bandar Antananarivo pada Sabtu, menandakan perubahan besar dalam protes anti-kerajaan yang telah berlarutan lebih dua minggu.

Sebelum itu, unit berkenaan menegaskan bahawa mereka tidak akan menurut arahan untuk menembak terhadap penunjuk perasaan, sambil mengecam taktik keras pasukan gendarmerie yang didakwa menyebabkan beberapa kematian.

Protes besar-besaran yang bermula sejak 25 September lalu tercetus akibat krisis bekalan elektrik dan air.

Dalam pada itu, kerajaan menerusi satu kenyataan menegaskan bahawa Presiden Rajoelina masih berada dalam negara dan menguruskan urusan pentadbiran seperti biasa,

Perdana Menteri baharu juga memberi jaminan kerajaan kekal kukuh serta bersedia berunding dengan semua pihak bagi menamatkan krisis politik yang sedang memuncak ketika ini.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN