SEOUL, 6 Disember- Pemimpin parti pemerintah Korea Selatan mahu Presiden negara itu Yoon Suk Yeol disingkirkan daripada pihak berkuasa demi keselamatan negara itu kerana cuba mengenakan undang-undang tentera.
Yoon mengejutkan negara itu dan Parti Kuasa Rakyat yang memerintah apabila mengumumkan bahawa dia akan mengenakan undang-undang tentera untuk menghapuskan "pasukan antinegara" termasuk menentang lawan politik.
Dalam pada itu pemimpin Parti Kuasa Rakyat (PPP) Han Dong-hoon berkata Yoon telah mengarahkan penahanan ahli politik terkemuka dengan alasan mereka antara "pasukan antinegara", katanya selepas mesyuarat parti di parlimen pada Jumaat.
Parti pembangkang utama Demokrat menjadualkan undian pemecatan pada petang Sabtu, dan polis negara itu melancarkan siasatan ke atas Yoon atas dakwaan pemberontakan yang difailkan oleh parti pembangkang dan aktivis.
Parti pemerintah menentang pemecatan itu, tetapi Han mencadangkan bahawa pendirian mungkin berubah berdasarkan" bukti yang boleh dipercayai", bahawa Yoon berhasrat untuk menangkap dan menahan pemimpin politik di Gwacheon.
"Saya akan cuba untuk tidak meluluskan pemecatan ini untuk mengelakkan rusuhan dalam kalangan rakyat dan penyokong.
"...tetapi saya percaya bahawa penggantungan segera jawatan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol adalah perlu untuk melindungi Republik Korea dan rakyatnya," kata Han.
Smentara itu Pemimpin Parti Demokrat Lee Jae-myung berkata pengisytiharan undang-undang tentera adalah pemberontakan yang dilakukan oleh presiden itu untuk mengekalkan atau melanjutkan kuasanya.
"Ia merupakan satu tindakan pemberontakan," katanya. "Ia adalah rampasan kuasa protentera."- REUTERS