fb fb fb fb fb

Kumpulan bersenjata & pasukan keselamatan Palestin berbalas tembakan di Jenin

Foto AFP

JENIN, 5 Disember- Insiden berbalas tembakan berlaku di Jenin, utara Tebing Barat antara kumpulan bersenjata dan pasukan keselamatan Palestin selepas kecurian kenderaan milik pihak berkuasa. 

Menurut wartawan AFP, pertempuran sengit bermula kira-kira pukul 9:30 malam (1930 GMT) selepas pasukan keselamatan dikerahkan ke sekitar kem pelarian Jenin, yang berdekatan dengan bandar itu dan merupakan kubu kuat kumpulan bersenjata di wilayah tersebut.

Ketegangan di Jenin meningkat apabila sekumpulan lelaki bersenjata merampas dua kenderaan milik pihak Berkuasa Palestin (PA).

Sementara itu, Jurucakap pasukan keselamatan, Jeneral Anwar Rajab berkata, pasukan bersenjata yang tidak dikenali telah menembak ke arah pasukan keselamatan yang ketika itu sedang melaksanakan sekatan jalan raya.

Pihaknya akan mengesan kumpulan yang bertanggungjawab dan mengambil tindakan sewajarnya.

Jenin menjadi sasaran serangan besar-besaran oleh Israel sejak Ogos lalu. Konflik di Tebing Barat meruncing sejak bermulanya peperangan di Gaza pada Oktober tahun lalu.

Israel telah menduduki wilayah tersebut sejak tahun 1967.-AFP

ROSLINA BINTI DIN