fb fb fb fb fb

Presiden Jerman bubar parlimen, pilihan raya umum dilaksana 23 Februari

Foto AFP

BERLIN, 27 Disember- Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier, pada Jumaat membubarkan parlimen dan mengesahkan tarikh pilihan raya umum pada 23 Februari, susulan kejatuhan kerajaan Olaf Scholz, bulan lalu.

Keruntuhan gabungan Scholz berpunca daripada pertelingkahan dalaman mengenai cara memulihkan ekonomi terbesar di Eropah.

Insiden serangan menggunakan kenderaan di pasar Krismas minggu lalu turut mencetuskan perdebatan hangat mengenai keselamatan dan imigresen.

Steinmeier menegaskan keperluan untuk kestabilan politik dan menggesa kempen pilihan raya dijalankan secara "berhormat dan beradab".

Beliau juga memberi amaran terhadap pengaruh asing khususnya melalui platform sosial X, yang dimiliki Elon Musk.

"Ucapan kebencian, keganasan, serta penghinaan tiada tempat dalam kempen ini kerana semua itu adalah racun kepada demokrasi," kata Steinmeier.

Scholz akan kekal sebagai penjawat sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk, yang dijangka mengambil masa beberapa bulan.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM