fb fb fb fb fb

Presiden Brazil jalani pembedahan kecemasan akibat pendarahan otak

Foto Reuters

SAO PAULO, 10 Disember- Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, dikejarkan ke Sao Paulo pada malam Isnin untuk menjalani pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan pendarahan pada otaknya.

Menurut kenyataan perubatan oleh kerajaan pada Selasa, pendarahan tersebut dikaitkan dengan insiden beliau terjatuh pada Oktober lalu.

Pembedahan tersebut berjaya dan Lula yang berusia 79 tahun kini berada dalam keadaan baik serta sedang dipantau di unit rawatan rapi.

Doktor dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 9.00 pagi waktu tempatan untuk memberikan butiran lanjut.

Kebimbangan terhadap kesihatan presiden yang semakin meningkat telah menjadi perhatian ramai.

Lula, yang merupakan tokoh utama sayap kiri Amerika Latin, kini berada di pertengahan penggal ketiganya sebagai presiden.

Sejak beberapa bulan lalu, Lula mengurangkan perjalanan selepas doktor memantau pemulihannya akibat trauma di bahagian belakang kepala yang dialaminya ketika terjatuh di rumah pada akhir Oktober, insiden yang memerlukan jahitan.

Menurut sumber pejabat presiden yang enggan dikenali, semasa perbincangan dengan pemimpin kongres pada malam Isnin, Lula mengadu sakit kepala yang semakin teruk dan menghentikan mesyuarat untuk mendapatkan rawatan di hospital di Brasilia.

Dalam pada itu, Naib Presiden Brazil, Geraldo Alckmin, telah mengambil alih tugas presiden pada Selasa sementara Lula sedang menjalani pemulihan selepas pembedahan.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM