fb fb fb fb fb

Prabowo angkat sumpah Presiden Indonesia Ahad ini

FOTO AFP

JAKARTA, 15 Oktober - Sejarah bakal dicipta! Peralihan tampuk pemerintahan Indonesia melalui majlis angkat sumpah pelantikan Presiden dan Naib Presiden ke-8 akan berlangsung Ahad ini.

Ia menyaksikan Prabowo Subianto dipilih sebagai Presiden dan gandingannya, Gibran Rakabuming Raka sebagai Naib Presiden yang baharu.

Pada Mac lalu, Prabowo, 72 tahun yang juga Menteri Pertahanan dan gandingannya, Gibran Rakabuming menerima lebih 96 juta undi atau kira-kira 58.6 peratus daripada jumlah keseluruhan dan cukup untuk memperoleh majoriti pusingan pertama.

Sebelum ini, beliau diramal menyandang jawatan tersebut dan mengambil alih tampuk kepimpinan Indonesia, bulan ini selepas tempoh peralihan.

Prabowo meraih kemenangan pada Pilihan Raya Presiden selepas tiga kali cuba menyandang jawatan utama negara itu.

Pilihan raya sehari terbesar di dunia membabitkan hampir 259,000 calon yang bersaing untuk 20,600 jawatan di seluruh kepulauan yang terdiri daripada 17,000 pulau.

Sementara itu, dua pencabar mereka sebelum ini, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo sebelum ini berikrar mengemukakan aduan kepada Mahkamah Perlembagaan, mengenai dakwaan penyelewengan dan penipuan pilihan raya.

Namun, pasukan undang-undang Prabowo yakin keputusan itu tidak akan berjaya dicabar kerana kelebihan kemenangannya yang besar.

 

 

Trainee2