fb fb fb fb fb

Portugal negara terpantas menua di EU

(FOTO AFP)

LISBON, 23 Ogos - Portugal mencatatkan kadar penuaan tahunan sebanyak 3.6 peratus, lebih tinggi berbanding semua negara Kesatuan Eropah (EU).

Ini berdasarkan kajian yang diterbitkan Pangkalan Data Portugal Kontemporari Portdata.

Portugal kini merekodkan 182 warga emas berumur 65 tahun ke atas, bagi setiap 100 orang muda berumur sehingga 14 tahun.

(FOTO AFP)

Menurut data Institut Statistik Kebangsaan Portugis (INE) dalam tempoh tiga dekad lalu, populasi warga emas meningkat tiga kali ganda di negara itu.

Pada 1990, terdapat 66 warga emas dalam kalangan 100 orang muda.

Penyelidik di Pusat Kajian Geografi Institut Geografi dan Perancangan Spatial Universiti Lisbon, Jorge Malheiros memaklumkan, pertumbuhan pesat kadar penuaan di Portugal adalah hasil daripada penghijrahan golongan muda dari negara itu dan kemasukan warga asing yang sudah bersara.-AFP

Media Baharu