fb fb fb fb fb

China lanjut sekatan penggunaan tenaga

(FOTO AFP)

BEIJING, 23 Ogos - China melanjutkan sekatan terhadap penggunaan tenaga dalam usaha menangani pengeluaran kuasa hidro yang semakin berkurangan.

Sekatan dilanjutkan ditengah-tengah lonjakan permintaan elektrik isi rumah semasa musim kemarau dan gelombang panas.

(FOTO AFP)

Agensi kaji cuaca telah mengeluarkan "amaran cuaca panas tahap merah" untuk hari ke-11 berturut-turut yang boleh menjejaskan bekalan kuasa dan merosakkan tanaman.

Amaran kemarau kebangsaan turut ditingkatkan ke tahap "jingga" iaitu tahap kedua tertinggi.

Beberapa wilayah penanaman padi dan jagung di selatan China kini terjejas.

Wilayah Chongqing yang melaporkan suhu mencecah 45 darjah Celsius memaksa waktu operasi lebih 500 pusat beli-belah dan premis komersial dipendekkan, bagi mengurangkan permintaan terhadap tenaga. -REUTERS

Media Baharu