fb fb fb fb fb

Junta tentera Mali lantik Kolonel, Abdoulaye Maiga, sebagai PM sementara

(Choguel Maiga semasa menghadiri mesyuarat bersama
Majlis Keselamatan PBB di Bamako pada Oktober 2021/REUTERS)

BAMAKO, 22 Ogos- Junta tentera Mali melantik Kolonel, Abdoulaye Maiga, sebagai Perdana Menteri sementara bagi menggantikan Perdana Menteri awam, Choguel Kokalla Maiga yang dimasukkan ke hospital.

Kolonel Maiga, 64 tahun merupakan jurucakap kerajaan dan Menteri Pentadbiran Wilayah. Pelantikan tersebut diumumkan dalam dekri yang dibacakan di televisyen negara lewat Ahad.

Beliau menggantikan ahli politi Choguel Kokalla Maiga, selepas junta yang mengambil alih kuasa pada Ogos 2020 dan melakukan rampasan kuasa kedua pada Mei 2021.


(Junta tentera Mali melantik Kolonel, Abdoulaye Maiga,
sebagai Perdana Menteri sementara)

Maiga, yang mempunyai nama yang sama dengan pengganti sementaranya, pernah berkhidmat beberapa kali sebagai menteri dalam kerajaan terdahulu.

Sebelum ini, beliau tewas dalam pilihan raya presiden pada 2002, 2013 dan 2018.

Beliau merupakan salah seorang pengasas Pergerakan 5 Jun, sebuah gabungan yang melancarkan protes terhadap Presiden Mali, Ibrahim Boubacar Keita, sebelum digulingkan pada 2020.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Maiga telah mendapat kritikan daripada banyak bekas sekutunya kerana mengikut peraturan junta.

Pelantikan kolonel tersebut bermakna kedua-dua jawatan kerajaan paling kanan Mali kini berada di tangan tentera.-AFP

Media Baharu