fb fb fb fb fb

Kemalangan lori dan bas, 16 maut tiga lagi kritikal

(FOTO AFP)

MOSCOW, 23 Ogos - Seramai 16 orang maut dan tiga lagi dikejarkan ke hospital selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori di wilayah Ulyanovsk di selatan Russia.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, kejadian berpunca daripada pemandu kenderaan berat itu yang gagal mengawal kelajuan lori tersebut.

Lori tersebut dikatakan melanggar sebuah bas mini dan menyebabkan bas mini itu tersepit.

(FOTO AFP)

Ketika kejadian, kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya sedang dilakukan, sekaligus memburukkan lagi keadaan.

Pemandu lori antara individu yang terbunuh, manakala tiga orang lagi iaitu dua lelaki dan seorang wanita dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, agensi berita TASS melaporkan jawatankuasa penyiasat Rusia telah membuka siasatan jenayah, berhubung nahas berkenaan.-AFP

Media Baharu