fb fb fb fb fb

Populasi Jepun pada 2024 rekod pengurangan

Kawasan sekitar Ginza di Tokyo, Jepun/ Reuters

TOKYO, 14 April- Penduduk Jepun menunjukkan angka 120.3 juta setakat Oktober 2024, data rasmi berkenaan sekali gus menunjukkan pengurangan rekod sebanyak 898,000 penduduk berbanding tahun sebelumnya.

Kadar kelahiran Jepun adalah antara yang terendah di dunia. Ia menunjukkan trend yang semakin berkurang berikutan penduduk tidak mempunyai kerja stabil selain didorong pengguna dan perniagaan yang semakin mengecil.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Jepun ia merupakan kejatuhan terbesar dalam rekod sejak kerajaan mula mengumpul data serupa pada 1950.

Kerajaan telah menawarkan bantuan kepada keluarga muda yang ingin mempunyai anak namun pasangan di negara matahari terbit itu merasakan mereka tidak mampu susulan keadaan ekonomi, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayashi.

"Kami difahamkan penurunan kadar kelahiran itu berterusan kerana ramai yang berhasrat untuk membesarkan anak tidak dapat memenuhi hasrat mereka," katanya semasa taklimat dengan media pada Isnin.

Penduduk Jepun termasuk warga asing juga turun sebanyak 550,000 orang kepada 123.8 juta -- kejatuhan tahunan ke-14 berturut-turut, kerana negara itu gagal menangani penurunan populasi dengan berkesan.

Ramai golongan muda di Jepun menangguhkan berkahwin dan mempunyai anak atas pelbagai sebab. Perkara itu termasuk keselamatan pekerjaan serta perubahan nilai sosial yang kurang memberi penekanan kepada perkahwinan.

Jepun telah beralih kepada warga asing muda sebagai sumber buruh, tetapi kerajaan telah mengekalkan dasar imigresen yang ketat dengan membenarkan pekerja asing masuk secara sementara.

Kerajaan cuba menaikkan gaji untuk golongan muda serta menawarkan bantuan membesarkan anak.

"Kami akan mempromosikan langkah komprehensif untuk merealisasikan masyarakat yang ingin mempunyai anak supaya mereka boleh membesarkan kanak-kanak dengan ketenangan fikiran," katanya.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI