fb fb fb fb fb

Pope gesa gencatan senjata baharu

Pope Francis/AFP

BANDARAYA VATICAN, 3 Disember- Pope Francis bersedih dengan gencatan senjata di Gaza dihentikan dan menggesa mereka yang terlibat dalam konflik itu untuk mencapai perjanjian gencatan senjata baharu secepat mungkin.

"Terdapat begitu banyak penderitaan di Gaza," kata Pope dalam komen dari kediaman peribadinya, yang dibaca oleh seorang pembantu dan disiarkan di skrin gergasi di Dataran Saint Peter.

Lelaki berusia 86 tahun itu mengalami jangkitan paru-paru yang menyebabkannya sukar untuk bernafas, dan memaksanya membatalkan perjalanan ke Dubai untuk menghadiri Persidangan Perubahan Iklim (COP28).

"Saya tidak boleh membaca semua ini. Saya melakukan yang lebih baik, tetapi suara saya...," kata Pope, sebelum pembantunya mengambil alih.

Pope berkata dengan berakhirnya gencatan senjata bermakna "kematian, kemusnahan, kesengsaraan", di Palestin semakin terjejas kerana terkepung dan tidak mempunyai bekalan penting.

Beliau berkata keadaan di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki adalah "serius". Biarpun "ramai tebusan telah dibebaskan namun masih ramai berada di Gaza," katanya.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI