fb fb fb fb fb

Polis UK tahan empat suspek ceroboh rumah PM

Tangkap layar diambil daripada video yang disiarkan oleh kumpulan Youth Demand yang menunjukkan seorang anggota polis mengiringi seorang lelaki keluar dari kawasan rumah Perdana Menteri, Rishi Sunak di utara England/ X: @youth_demand

LONDON, 26 Jun- Polis Britain menahan empat orang semalam kerana disyaki menceroboh selepas mereka memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri, Rishi Sunak di utara England, kata polis dalam satu kenyataan.

Penangkapan itu berlaku semasa kempen pilihan raya umum di mana Sunak sedang berjuang untuk mengatasi peneraju besar Parti Buruh berhaluan tengah dalam pemilihan.

"Kami telah menahan empat orang di perkarangan rumah kawasan pilihan raya Perdana Menteri petang ini.

"Pegawai kami menahan empat lelaki itu dalam masa satu minit selepas mereka memasuki kawasan," kata Polis North Yorkshire dalam satu kenyataan.

Suspek ditahan berumur antara 20 hingga 52 tahun telah dibawa ke dalam tahanan polis untuk disoal siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan, kata polis.

Terdahulu, tular sebuah video di laman X yang memaparkan seorang lelaki menceroboh kediaman Sunak dan lelaki itu juga disyaki membuang air besar di sebuah kolam berdekatan kediaman tersebut.

Ini bukan kali pertama rumah Sunak menjadi sasaran.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI