fb fb fb fb fb

Polis tembak gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan pro-Palestin di Rom

Antara penunjuk perasaan pro-Palestin yang disertai remaja, kanak-kanak dan warga emas /Foto REUTERS

ROM, 4 Oktober - Polis Itali melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan peserta himpunan solidariti pro-Palestin di ibu negara itu, selepas tunjuk perasaan aman bertukar tegang pada Sabtu malam.

Himpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Israel memintas flotila antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, dengan ribuan rakyat Itali termasuk pelajar, kanak-kanak dan warga emas turun menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Bagaimanapun, suasana mula kecoh apabila sekumpulan kecil penunjuk perasaan bertindak berarak keluar dari laluan utama dan bertembung dengan pasukan polis anti-rusuhan, yang kemudiannya menggunakan kekerasan bagi menyuraikan peserta.

Beberapa individu dilaporkan ditahan selepas berlaku pergelutan di lokasi kejadian.

Terdahulu, ribuan warga Itali berhimpun di pusat bandar Rome untuk hari keempat berturut-turut sebagai tanda bantahan terhadap serangan Israel dan sekatan terhadap flotila bantuan ke Gaza yang disertai aktivis kemanusiaan antarabangsa. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN