MUMBAI, 13 Disember- Polis sedang menjalankan siasatan ancaman bom terhadap Bank Rizab India (RBI) selepas menerima e-mel dalam bahasa Rusia yang memberi amaran mengenai serangan letupan.
Menurut Pegawai Kanan Polis Mumbai, Sanjay Malhotra, amaran itu dihantar ke alamat e-mel rasmi Gabenor RBI yang baru dilantik.
“Kami telah mendaftarkan kes ini, dan siasatan sedang dijalankan,” kata pegawai itu.
Tahun ini, sekolah, stesen kereta api, lapangan terbang dan syarikat penerbangan di India telah menerima ratusan ancaman bom yang ternyata palsu.
Sekurang-kurangnya 40 sekolah di New Delhi menerima ancaman bom melalui e-mel pada hari Isnin. Manakala syarikat penerbangan dan lapangan terbang di India menerima hampir 1,000 ancaman palsu sehingga November tahun ini, iaitu hampir sepuluh kali ganda daripada keseluruhan jumlah pada tahun 2023.-REUTERS