fb fb fb fb fb

Polis Sepanyol serbu rumah dijadikan 'ritual seram' kultus agama

FOTO REUTERS

MADRID, 22 Julai- Sepasukan polis di Sepanyol menyerbu tempat pemujaan yang dipenuhi pelbagai barangan aneh dipercayai untuk melakukan 'ritual seram' di sebuah rumah penganut kultus agama di sini, baru-baru ini.

Rakaman menunjukkan polis melakukan operasi penggeledahan dan menjumpai beberapa ekor ayam dalam sebuah kotak di pangsapuri berkenaan.

Haiwan terbabit dipercayai disimpan untuk digunakan dalam ritual pengorbanan.

Selain ayam, polis turut menemukan pisau, pedang dan peralatan tajam lain dengan kesan darah serta bulu.

Dalam serbuan itu, sebanyak 325 barangan disita.

Pihak berkuasa memulakan prosiding undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab atas dakwaan kekejaman haiwan berhubung kesalahan pelanggaran berkaitan 'penjualan produk tidak sesuai.'

Sementara itu, ayam-ayam yang diselamatkan telah dipindahkan ke Pusat Perlindungan Haiwan (CPA), manakala barangan lain akan menjalani pemeriksaan forensik untuk siasatan lanjut. -Reuters

2207 BD TAHAN BOMOH SEPANYOL
FOTO REUTERS

SITI AISHAH MD ISA