fb fb fb fb fb

Houthi lancar peluru berpandu ke bandar pelabuhan Israel

Yahya Saree/AFP

SANAA, 22 Julai- Kumpulan Houthi di Yaman melepaskan peluru berpandu balistik ke arah bandar pelabuhan Israel di kawasan Um al-Rashrash (Eilat).

Jurucakapnya, Yahya Saree mengesahkan perkara itu menerusi satu video yang disiarkan semalam.

"Pasukan peluru berpandu Angkatan Tentera Yaman melakukan operasi ketenteraan khas menyasarkan objektif penting di kawasan Eilat, selatan Palestin yang diduduki secara haram oleh Israel.

"Serangan menggunakan beberapa peluru berpandu balistik itu telah mencapai matlamat kami dengan jayanya," ujarnya.

Dalam video sama, Yahya turut mengesahkan bahawa sasaran pejuangnya berjaya mengenai Kapal PUMBA Amerika Syarikat di Laut Merah.

"Angkatan Bersenjata Yaman, termasuk tentera laut, tentera udara dron, dan pasukan peluru berpandu, menjalankan operasi ketenteraan bersama yang menyasarkan Kapal PUMBA Amerika Syarikat di Laut Merah.

"Serangan peluru berpandu balistik serta dron mengakibatkan kapal berkenaan berhasil mengenai serangan secara langsung," jelasnya lagi. -AFP

SITI AISHAH MD ISA