fb fb fb fb fb

Polis guna meriam air halang aktivis iklim

THE HAGUE, 9 September- Polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan aktivis iklim di lebuh raya di Belanda yang menuntut untuk menghentikan subsidi kerajaan bagi industri bahan api fosil.

Biarpun amaran telah diberikan pihak berkuasa, beribu-ribu orang berarak di sepanjang lebuh raya A12 ke The Hague supaya tidak menghalang lalu lintas utama ke kawasan kerajaan Belanda.

Menurut penganjur acara itu Extinction Rebellion akan terus mengadakan bantahan sehingga kerajaan Belanda berhenti menggunakan dana awam untuk memberi subsidi pada industri minyak dan gas.

"Laut semakin naik dan kita juga," laung orang ramai, termasuk kanak-kanak dan orang tua.- REUTERS

(Pegawai polis berkawal ketika aktivis iklim menyekat lebuh raya A12 di The Hague/REUTERS

Media Baharu