fb fb fb fb fb

Xi Jinping ucap takziah kepada Maghribi selepas gempa bumi

BEIJING, 9 September- Presiden China Xi Jinping menghantar "mesej takziah" ke Maghribi susulan gempa bumi dahsyat melanda negara itu, lapor media kerajaan.

"Pada 9 September, Presiden Xi Jinping menghantar mesej takziah kepada Raja Mohammed VI berikutan gempa bumi yang teruk melanda," kata penyiar rasmi CCTV.

Sekurang-kurangnya 820 orang terbunuh akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud itu yang melanda 72 kilometer di barat daya kawasan tumpuan pelancong Marrakesh.

"Saya terkejut menerima berita itu yang telah mengakibatkan ratusan terkorban dan kerosakan harta benda," kata Xi, menurut CCTV.

"Bagi pihak kerajaan dan rakyat China, saya ingin merakamkan rasa dukacita terhadap mangsa dan ucapan takziah kepada keluarga.

"Saya percaya bawah pimpinan Raja Maghribi Raja Mohammed VI, kerajaan dan rakyat akan dapat mengatasi kesan bencana itu dan membina semula tanah air mereka pada tarikh yang lebih awal.”- AFP

(Xi Jinping/REUTERS)

Media Baharu