fb fb fb fb fb

Pasukan penyelamat Greece selamatkan penduduk terjejas banjir

ATHENS, 9 September- Pasukan penyelamat membawa penduduk terjejas banjir menggunakan bot dan jentolak akibat dilanda hujan ribut yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10 penduduk di Greece minggu ini.

Menurut ahli meteorologi ribut Daniel adalah yang paling teruk melanda negara itu menurut rekod pada 1930. Taufan itu membadai Greece selama tiga hari bermula Selasa.

Kebanyakan rumah dihanyutkan arus deras, jambatan runtuh, jalan raya musnah, talian elektrik terputus dan tanaman turut terjejas.

Pihak berkuasa memindahkan orang ramai dari kawasan banjir, meningkatkan angka kematian kepada 10 orang. Empat orang dilaporkan hilang, kata mereka.

Pasukan penyelamat bergerak ke kampung berhampiran bandar Larissa dan berhampiran dengan Sungai Pineios.

Pasukan bomba setakat ini telah memindahkan 2,806 orang di seluruh negara itu.

Di wilayah Thessaly, ramai penduduk telah diselamatkan berikutan rumah mereka tenggelam.

Seorang nelayan berusia 80 tahun memindahkan sekurang-kurangnya 15 orang di sebuah kampung di kawasan Karditsa menggunakan botnya.

Menurut laman web iefimerida kawasan itu yang paling teruk dilanda.

Pihak berkuasa menutup lebuh raya negara itu yang menghubungkan Athens dengan bandar utara Thessaloniki pada Sabtu akibat banjir.

Para saintis berkata negara itu berada pada perubahan iklim luar biasa.- REUTERS

(Keadaan rumah Ourania dan Stefanos Trivaras selepas Ribut Daniel/REUTERS)

Media Baharu