fb fb fb fb fb

Rakyat Maghribi derma darah untuk mangsa gempa bumi

MOROCCO, 9 September - Rakyat Maghribi beramai-ramai ke pusat pemindahan darah untuk menderma darah, bagi membantu rakyat negara itu yang cedera akibat gempa bumi pada kekuatan 7.2 magnitud, pada malam Jumaat.

TV negara Maghribi melaporkan seramai 820 orang maut dan lebih 300 cedera.

Gempa itu merosakkan beberapa bangunan di Marrakech, bandar besar terdekat dengan pusat gempa, memaksa penduduk bermalam di tempat terbuka kerana takut untuk pulang ke kediaman masing-masing.

Ighil adalah kawasan pergunungan, terletaknya perkampungan pertanian kecil, terletak kira-kira 70 km (40 batu) di barat daya Marrakech.

Gempa bumi itu merupakan yang paling teruk berlaku di Maghribi sejak tahun 2004 di pergunungan Rif utara yang mengorbankan lebih 600 orang. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu