fb fb fb fb fb

Erdogan, Kishida bincang berkenaan perjanjian bijirin Laut Hitam

NEW DELHI, 9 September- Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada sidang kemuncak pemimpin G20 di New Delhi mengenai perjanjian bijirin Laut Hitam, kata dua sumber yang mengetahui perkara itu pada Sabtu.

Rusia berhenti daripada perjanjian itu pada Julai, setahun selepas ia diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Turki berkata eksport makanan dan bajanya menghadapi halangan dan tidak mencukupi untuk ke negara yang memerlukan.

Erdogan berkata, perbincangan dengan Vladimir Putin akan memulihkan perjanjian bijirin.

Beliau berkata Ukraine harus berbincang dengan Rusia dalam rundingan itu bagi mengembalikan semula perjanjian tersebut dan mengeksport lebih banyak bijirin ke Afrika berbanding Eropah.

Bagaimanapun, Ukraine menentang idea untuk sekatan ke atas Rusia bagi memulihkan perjanjian itu.

Menurut Kementerian Luar Jepun, "Menteri Luar Jepun akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine di Kyiv pada Sabtu."- REUTERS

Media Baharu