fb fb fb fb fb

Polis Brazil siasat pembunuhan beramai-ramai orang asli Yanomami

(FOTO AFP)

BRASILIA, 26 Januari-Polis persekutuan Brazil menyiasat satu pembunuhan beramai-ramai terhdap puak Yanomami selepas mendapati hampir seratus kanak-kanak dari kumpulan orang asli itu mati.

Kementerian Keadilan mendedahkan 99 orang kanak-kanak Yanomami berumur bawah lima tahun yang tinggal di kawasan simpanan terbesar Brazil mati tahun lalu.

Kanak-kanak tersebut mati akibat kekurangan zat makanan, radang paru-paru dan malaria.

Menteri Keadilan, Flavio Dini memberitahu, beliau telah mengarahkan satu siasatan baharu polis untuk mengetahui samada ianya satu pembunuhan beramai-ramai.

Siasatan akan mempertimbangkan tindakan dan kegagalan untuk bertindak oleh pihak berkuasa dan pegawai kesihatan awam di tanah Yanomami, termasuk kemungkinan jenayah alam sekitar.

Pihak berkuasa juga menemui beberapa lagi kes kanak-kanak dengan kekurangan zat makanan yang serius, malaria, jangkitan pernafasan dan komplikasi kesihatan.

Wilayah Yanomami yang menempatkan lebih daripada 30,000 penduduk asli meliputi 96,000 kilometer persegi di antara Roraima dan neferi Amazonas.

Pnesiden Luiz Inacio Lula da Silva menyifatkan keadaan "tidak berperikemanusiaan" selepas dirinya melawat komuniti di negeri Roraima di utara Amazon.

Satu jabatan khas telah diwujudkan bagi menangani masalah masyarakat tersebut.

Keadaan di penempatan Yanomami menjadi semakin ganas dengan pelombong haram kerap membunuh penduduk Orang Asli, mendera wanita dan kanak-kanak secara seksual dan mencemarkan sungai.

Peningkatan perlombongan haram di Amazon juga telah mendorong penyebaran penyakit seperti malaria, batuk kering dan Covid-19.-AFP

 


(Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva melawat masyarakat asli Yanomami di Roraima
/FOTO AFP)

Media Baharu