fb fb fb fb fb

Angkasawan UAE tidak wajib berpuasa di Stesen Angkasa Antarabangsa

(FOTO AFP)

HOUSTON, 26 Januari- Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan al-Neyadi berkata dia tidak diwajibkan berpuasa ketika bulan Ramadan bagi misi ke angkasa pada Februari depan.

Sultan bakal menjadi Angkasawan pertama Arab menghabiskan masa selama enam bulan di angkasa apabila dijangka berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bulan depan menaiki kapal angkasa SpaceX Falcon 9.

Angkasawan berusia 41 tahun itu bakal menyertai beberapa angkasawan daripada pelbagai negara.

SpaceX Faklcon 9 dijangka diterbangkan ke ISS pada 26 Februari depan.

Pada sidang media semalam, ketika ditanya ibadah puasa yang bakal dijalaninya ketika di ISS, Sultan menjawab situasi tersebut tidak mewajibkannya untuk melakukan berpuasa.

"Sebagai musafir, kami dibenarkan untuk berbuka puasa.

(Angkasawan dan juruterbang NASA, Warren "Woody" Hoburg (kiri), dan angkasawan dan,
Sultan Al Neyadi (kanan) dari UAE, pada sidang media misi SpaceX Crew-6
ke Stesen Angkasa Antarabangsa, di Johnson Space NASA/AFP)

"Situasi tersebut tidak mewajibkan kami berpuasa.

"Sekiranya terjadi sesuatu yang membantutkan misi atau meletakkan anak kapal dalam keadaan bahaya, kami dibenarkan untuk makan secukupnya," katanya.

Sultan akan menjadi rakyat kedua dari UAE menjelajah angkasa selepas Hazzaa al-Mansoori melakukannya pada September 2019. - AFP

Media Baharu