fb fb fb fb fb

UNESCO senaraikan Odessa sebagai Warisan Dunia

(FOTO AFP)

PARIS, 26 Januari-Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa bersatu (UNESCO) menyenaraikan Odessa, bandar pelabuhan bersejarah yang digelar sebagai 'Permata Laut Hitam' ke dalam senarai warisan dunia semalam.

Seramai 21 ahli agensi tersebut memberi sokongan kepada cadangan tersebut dengan enam undian menyokong, satu menentang manakal 14 yang lain berkecuali.

Rusia yang menakluki Ukraine sejak Februari tahun lalu berulangkali cuba untuk menangguhkan pengundian tapak berkenaaan sebagai warisan dunia.

Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay berkata agensi berkenaan komited bagi memelihara dan memulihara nilai sejarah Odessa daripada kemusnahan yang diakibatkan perang.

"Sementara perang berterusan, keputusan ini merangkumi keazaman kolektif kami (UNESCO) bagi memastikan bandar ini (Odessa) dipelihara daripada kemusnahan akibat perang", katanya kepada media.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky yang telah meminta agar Odessa disenaraikan pada Oktober lalu bagi melindungi bandar berkenaan daripada pengeboman Rusia mengalu-alukan keputusan tersebut melalui ciapan di twitternya.

"Saya bersyukur dengan keputusan tersebut yang melindungi 'permata Ukraine' daripada serangan penceroboh, Rusia", katanya di twitter.

Sejak pencerobohan tentera Rusia, Ukraine terpaksa mempertahankan monumen dan binaan di Odessa menggunakan beg pasir dan penghadang.

Bandar Odessa yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu kota Kyiv sering menyaksikan serangan udara oleh tentera Rusia turut dimasukkan ke dalam senarai Warisan Dunia yang terancam

Situasi tersebut membolehkan bantuan teknikal dan kewangan antarabangsa bagi melindungi, memlihara dan pemuliharaan sekiranya perlu oleh UNESCO.

UNESCO sebelum ini telah membantu dalam usaha baik pulih Muzium Seni Odessa sejak bermulanya perang.

Kementerian Luar Perancis dalam satu kenyataan pula memeuji keputusan UNESCO yang disifatkan memelihara nilai sejarah Ukraine dan demi kemanusiaan sejagat.-AFP

 


(Penghadang rintangan kereta kebal di kaki lima bandar Odessa, Ukraine/FOTO AFP)

Media Baharu