fb fb fb fb fb

Polis Benin guna gas pemedih mata suraikan protes

Presiden Benin, Patrice Talon didakwa mengamalkan pemerintahan kuku besi terhadap pemimpin pembangkang/Foto AFP

COTONOU, 27 April - Polis Benin pada Sabtu menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan protes yang dianjurkan oleh kesatuan sekerja di bandar terbesar, Cotonou berhubung kenaikan kos sara hidup.

Sumber daripada Koresponden AFP di lokasi kejadian berkata sekumpulan kecil penunjuk perasaan berkumpul di lokasi yang telah dikepung pihak polis.

Pihak Polis kemudiannya melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

“Saya datang ke sini untuk berarak menentang kos sara hidup yang tinggi,” kata salah seorang peniaga, Ariane Assilamehou kepada AFP.

"Tetapi polis meluru ke arah kami dan melepaskan gas pemedih mata", ujar Assilamehou lagi.

Tambahnya, penunjuk perasaan turut Penunjuk perasaan melaungkan lagu kebangsaan Benin semasa pertempuran dengan pihak polis.

CSA Benin, yang merupakan salah sebuah kesatuan sekerja terbesar di negara tersebut berkata ketua Kesatuan berkenaan, Anselme Amoussou telah ditahan pihak polis.

Sementara itu, sumber Kesatuan menyatakan ratusan penunjuk perasaan telah ditangkap. Namun, pihak polis tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Republik Benin sebelum ini dikenali sebagai negara yang mengamalkan demokrasi berbilang parti selain mempunyai ekonomi yang berdaya tahan pada 2023.

Namun, tindakan Presiden Benin,Patrice Talon yang bersikap kuku besi dalam pemerintahan membawa kesan kepada rakyat sejak 2016.

Pengkritik Talon berkata Mahkamah Jenayah Ekonomi dan Keganasan, atau CRIET,digunakan oleh rejim Talon untuk membanteras pembangkang.

Ketua pemimpin pembangkang Benin, Reckya Madougou, merupakan seorang daripada beberapa pemimpin pembangkang Benin yang dilarang daripada bertanding dalam pilihan raya Presiden pada 2021 yang menyaksikan Talon memenangi penggal kedua dengan 86 peratus undian.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD