BEIRUT, 28 April- Kumpulan Hezbollah yang disokong Iran menyasarkan Israel utara dengan dron dan peluru berpandu selepas serangan rentas sempadan Israel membunuh tiga individu, termasuk dua anggotanya.
Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata, ia "melancarkan serangan kompleks menggunakan dron letupan dan peluru berpandu di ibu pejabat komando tentera Al Manara dan perhimpunan pasukan dari Batalion ke-51 Briged Golani".
Tentera juga "menyerang punca api" beberapa peluru berpandu anti kereta kebal yang dilancarkan dari Lubnan ke kawasan sempadan Manara, tambahnya.
Agensi Berita Nasional Lubnan melaporkan serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di kampung Srebbine telah mencederakan 11 individu dan menyebabkan seorang cedera parah.
Pada Sabtu, jet Israel "menyerang struktur tentera Hezbollah di kawasan Qouzah di selatan Lubnan," kata tentera dalam satu kenyataan.
Sempadan antara Lubnan dan Israel berlaku pertempuran hampir setiap hari sejak perang Israel-Hamas di Gaza bermula hampir tujuh bulan lalu.
Dalam dua kenyataan berasingan pada Sabtu, Hezbollah meluahkan kesedihan kematian dua anggotanya masing-masing dari kampung Kfar Kila dan Khiam.
Kedua-duanya "mati syahid, dan dalam perjalanan ke Baitulmaqdis."
Kumpulan Hezbollah telah melancarkan berpuluh-puluh serangan roket ke pangkalan tentera Israel di Meron, utara Israel.
Menurut kumpulan itu, ia dilancarkan sebagai serangan balas terhadap Israel yang telah memusnahkan rumah orang awam di beberapa tempat di selatan Lubnan, termasuk Kfar Kila dan Srebbine.
Bagaimanapun Hezbollah mempergiatkan sasarannya ke atas lokasi tentera di Israel sejak ketegangan memuncak antara Israel dan Iran berhubung pengeboman konsulat Damsyik Tehran pada 1 April.- AFP