fb fb fb fb fb

Polis Australia sambung pencarian pelancong Belgium hilang di Tasmania

Foto REUTERS

WARATAH, 14 Disember- Polis Australia mengumumkan akan menyambung semula usaha mencari pelancong Belgium yang hilang, Celine Cremer pada Ahad.

Ini selepas telefon bimbitnya ditemukan di Tasmania sehari sebelum itu.

Cremer kali terakhir dilihat pada Jun 2023 sebelum memulakan aktiviti pendakian hutan berhampiran Philosophers Falls di Tasmania.

Telefon bimbit miliknya ditemukan berhampiran laluan pendakian pada Sabtu oleh pasukan pencarian yang dianjurkan secara bebas, diketuai penyiasat persendirian, Ken Gamble.

Polis Tasmania memaklumkan pada Ahad bahawa mereka akan menyertai usaha pencarian tersebut bersama sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES).

Telefon berkenaan kini akan menjalani pemeriksaan forensik lanjut oleh pihak polis. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM