fb fb fb fb fb

Poland akan hantar lebih banyak kereta kebal ke Ukraine

(FOTO AFP)

WARSAW, 25 Februari- Poland akan menghantar lebih banyak kereta kebal ke Ukraine "dalam beberapa hari", kata Perdana Menteri, Mateusz Morawiecki di Kiev selepas Warsaw mengumumkan penghantaran empat kereta kebal buatan Jerman, Leopard 2.

"Kami akan memindahkan kereta kebal kami tidak lama lagi dan juga dalam beberapa hari kami menghantar kereta kebal PT-91 yang sangat baik, 60 kereta kebal akan datang ke Ukraine," kata Morawiecki kepada pemberita.

Beliau menyatakannya selepas perbincangan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky di Kiev pada ulang tahun pencerobohan Rusia.

"Saya datang ke sini hari ini bukan sahaja untuk menawarkan kata-kata sokongan tetapi juga dengan pengetahuan bahawa kita mesti bertindak balas dengan kekerasan terhadap pencerobohan biadab ini," kata Morawiecki kepada pemberita.

Menteri Pertahanan Poland, Mariusz Blaszczak sebelum ini mengumumkan bahawa "hari ini Harimau Poland sudah berada di Ukraine".

Morawiecki menyatakan bahawa negaranya telah menghantar empat kereta kebal buatan Jerman. -AFP

(Poland akan hantar lebih banyak kereta kebal ke Ukraine/AFP)

Media Baharu