fb fb fb fb fb

China gesa Rusia, Ukraine adakan rundingan, beri amaran jangan guna senjata nuklear

(Seorang lelaki mengambil gambar kenderaan tentera Rusia yang musnah dalam pameran
terbuka pada ulang tahun pertama pencerobohan Rusia ke atas Ukraine/AFP)

BEIJING, 25 Februari- China mengemukakan pelan cadangan 12 perkara ke arah menamatkan perang di Ukraine.

Pelan cadangan itu yang menggesa "penyelesaian politik" kepada krisis berkenaan dikeluarkan sebagai respons kepada tuduhan Barat bahawa China sedang mempertimbangkan untuk menghantar bekalan senjata kepada Rusia.

Bertepatan dengan ulang tahun pertama pencerobohan Rusia di Ukraine, China menggesa semua pihak agar "menyokong Rusia dan Ukraine dalam bekerja ke arah yang sama dan menyambung semula dialog damai secepat mungkin".

Ia juga menyatakan dengan jelas tentangan terhadap penggunaan senjata nuklear.

Tetapi pelan itu disambut dengan keraguan daripada sekutu Ukraine.

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata Beijing "tidak mempunyai banyak kredibiliti kerana mereka gagal mengutuk pencerobohan haram Ukraine".

Penasihat Keselamatan Negara Presiden Amerika Syarikat, Jake Sullivanpula berkata perang "boleh berakhir esok jika Rusia berhenti menyerang Ukraine dan menarik balik tenteranya".

"Reaksi pertama saya ialah ia boleh dihentikan jika (Rusia) menghormati kedaulatan semua negara," katanya kepada CNN.

Rusia dalam pada itu menghargai usaha Beijing untuk membantu menyelesaikan konflik Ukraine, tetapi menegaskan sebarang penyelesaian harus mengiktiraf kawalan Rusia terhadap empat wilayah Ukraine.

"Kami sangat menghargai hasrat ikhlas rakan-rakan China kami untuk menyumbang kepada penyelesaian konflik di Ukraine melalui cara aman," kata kementerian luar, tetapi menambah sebarang penyelesaian mesti mengiktiraf "realiti wilayah baharu". -AFP

(Istana Christiansborg diterangi dalam warna bendera Ukraine menandakan ulang tahun pertama
pencerobohan Rusia ke atas Ukraine di hadapan kedutaan Rusia di Copenhagen/AFP)

Media Baharu