fb fb fb fb fb

Krisis Asia Barat: Amerika Syarikat gesa Israel dan Palestin ambil langkah proaktif

(FOTO AFP)

WASHINGTON, 24 Februari-Amerika Syarikat bimbang dengan keganasan yang berlaku di Asia Barat.

Setiausaha akhbar White House Karine Jean-Pierre menggesa kedua-dua pihak agar mengambil langkah bagi mengelak kehilangan lebih banyak nyawa terutama orang awam.

"Kami mengambil berat isu serbuan Israel di Nablus dan sedih dengan kehilangan nyawa yang ramai dalam kalangan orang awam.Kami berharap mereka yang cedera akan sembuh secepat mungkin. Sementara itu kami akan cuba kenal pasti masalah keselamatan yang dihadapi Israel, Tebing Barat dan Gaza. Kami peka dengan keganasan yang berterusan di kawasan-kawasan tersebut. Oleh itu kami menyeru kedua-dua pihak bagi melindungi kehilangan nyawa orang awam akibat konflik ini", ujarnya.

Tentera Israel membunuh 11 rakyat Palestin, termasuk sekurang-kurangnya empat lelaki bersenjata dan tiga orang awam, dan mencederakan lebih 100 yang lain semasa serbuan di Nablus.

Nablus dan Jenin sering menjadi tumpuan serbuan Israel sejak tahun lalu berikutan beberapa serangan maut Palestin di bandar-bandar tersebut.

Rundingan antara Palestin dan Israel yang pernah ditaja Amerika terhenti hampir sedekad.-AFP

 
 (Setiausaha akhbar White House, Karine Jean-Pierre/Foto AFP)

Media Baharu