fb fb fb fb fb

Denmark sedia hantar pesawat pejuang F-16 ke Ukraine

(FOTO AFP)

COPENHAGEN, 24 Februari-Denmark terbuka dengan cadangan menghantar pesawat pejuang ke Ukraine bagi membantu negara itu dalam usaha menentang pencerobohan Rusia.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Pertahanan Denmark, Troels Lund Poulsen hari ini menerusi stesen penyiaran Denmark, DR.

" Kita harus melihat kepada satu perkara iaitu kemungkinan bagi menyumbangkan jet pejuang", katanya.

Menurut kenyataan pihak tentera tentera udara Denmark telah membeli 77 pesawat F-16 sejak 1970-an. sebanyak 30 pesawat masih digunakan dalam operasi.

Tahun ini, Ukraine meminta bantuan kepada sekutu barat bagi membantu khususnya dalam membekalkan senjata yang lebih canggih termasuk pesawat pejuang.

Negara-negara Barat yang membantu membekalkan senjata kepada Ukraine setakat ini enggan menghantar pesawat pejuang atau senjata jarak jauh yang mampu menyerang Rusia.REUTERS


(Menteri Pertahanan Denmark/Foto www.venstre.dk)

Media Baharu