fb fb fb fb fb

Bangladesh perkenal segmen transgender dalam buku teks sekolah

(FOTO REUTERS)

DHAKA, 24 Februari-Bangladesh memperkenalkan buku teks baharu yang menampilkan segmen transgender kepada jutaan pelajar-pelajar sekolah berusia antara 11 dan 13 tahun bermula 1 Januari lalu.

Buku teks itu mengandungi imej transgender terpilih dalam pekerjaan yang dihormati, termasuk jurusolek, pekerja pembangunan dan Datuk Bandar serta kisah fiksyen seorang kanak-kanak yang beralih, mengambil nama wanita dan tinggal bersama komuniti transgender.

Pencipta buku teks itu berharap ia akan membantu bagi penerimaan masyarakat negara itu terhadap golongan transgender jika proses memberi kesedaran dimulakan pada usia muda.

"Kami lakukan program perintisnya di kawasan yang sangat kecil dan mendapat keputusan serta sambutan amat positif daripada pelajar kami kerana ia adalah perkara yang tidak diketahui sama sekali oleh mereka.

"Ia adalah pengetahuan baharu untuk mereka dan mereka menerimanya dengan baik," kata ahli Lembaga Kurikulum dan Buku Teks Kebangsaan, Muhammad Moshiuzzaman.

Pegawai menganggarkan terdapat kira-kira 10,000 transgender di Bangladesh tetapi kumpulan hak asasi manusia berkata angka itu mungkin setinggi 1.5 juta di negara dengan 170 juta penduduk itu.

Bagaimanapun, buku teks itu tidak mendapat sambutan sekumpulan besar umat Islam konservatif, yang mengadakan protes di masjid utama Dhaka yang menggesa agar buku teks itu ditarik balik.

"Jika cerita kami menarik perhatian orang dan mereka mengingati penderitaan kami, ia akan menjadi baik untuk kami.

Namun, komuniti transgender dan penyokong mereka berharap buku teks itu dapat menyebarkan kesedaran dan seterusnya membantu meningkatkan status mereka dalam masyarakat.

"Mereka yang mengetahui lebih lanjut mengenai kami diharap akan memahami dan kemudian berusaha ke arah pembangunan kami pada masa hadapan," kata ketua komuniti transgender, Jonak-REUTERS
(Anggota parti Islam, ‘Islami Oikyojote’ mengadakan protes menuntut Lembaga
Buku Teks dan Kurikulum Kebangsaan Bangladesh menarik balik segmen
mengenai golongan transgender dalam buku teks sekolah/Foto REUTERS)

Media Baharu