fb fb fb fb fb

Argentina terima kelahiran baru dua ekor anak jaguar

ARGENTINA, 24 Februari - Kelahiran dua ekor anak jaguar di Taman Negara Argentina El Impenetrable, memberi harapan kepada pemulihan spesies itu di kawasan tersebut, menurut Yayasan Rewilding Argentina dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Rakaman dari yayasan itu menunjukkan ibu jaguar, Tania memberi makan kepada dua anaknya dan berehat bersama dalam sarang mereka.

Pada asalnya Tania melahirkan tiga ekor anak jaguar pada 2 Februari, bagaimanapun seekor daripadanya mati beberapa hari kemudian.

Yayasan Rewilding menyokong usaha usaha untuk mengembalikan semula trend kepupusan di kawasan itu dan kedua-dua anak jaguar itu akan dilepaskan ke habitat asalnya kelak.

(FOTO REUTERS)

Jaguar, juga dikenali sebagai 'yaguarete,' di Argentina dianggap sebagai 'warisan semula jadi negara'. - REUTERS

Media Baharu