fb fb fb fb fb

Mangsa gempa di Turkiye, Syria perlukan dana

TURKIYE, 24 Februari - Mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria memerlukan sokongan dalam bentuk pendanaan bagi membolehkan operasi bantuan menumpukan kepada memberi perlindungan kecemasan, perkhidmatan kesihatan bergerak dan penyediaan stok makanan.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) menerusi Setiausaha Agungnya, Hakim Hamzah, berkata ini berdasarkan laporan penilaian awal pasukan MRCS untuk misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke lokasi yang terjejas di Turkiye dan Syria.


(Foto RTM, media tunggal semasa bersama pasukan SMART di Turkiye)

PBSMM telah menghantar lebih lima tan barang bantuan kepada mangsa gempa seperti makanan dan barangan bantuan asas - iaitu khemah, selimut, beg tidur dan ubat - yang dihantar melalui operasi khas oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Jumlah dana yang dikumpulkan PBSMM untuk gempa bumi Turkiye dan Syria berjumlah lebih RM159,000 setakat 22 Februari lepas.

Angka kematian akibat gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye, 6 Februari lepas kini meningkat kepada 43,556 nyawa.

Media Baharu