fb fb fb fb fb

Czech bantu Ukraine perkuat bidang ketenteraan

POLAND, 24 Februari - Republik Czech akan terus membantu Ukraine menghadapi serangan Rusia.

Itu komitmen yang diberi negara itu sebagai mekanisme bagi menjauhkan kesatuan NATO daripada diganggu gugat.


(Perdana Menteri Czech Petr Fiala menghadiri persidangan dengan rakyat Ukraine di Paris, Perancis 13 Disember 2022.
/Foto REUTERS)

Menurut Perdana Menteri Petr Fiala, negaranya telah membekalkan ratusan peralatan ketenteraan berat kepada Ukraine sepanjang tahun lalu.

Antaranya 89 buah kereta kebal, 226 kenderaan infantri tempur dan perisai, 38 howitzer, 33 pelancar roket berbilang, enam sistem pertahanan udara dan empat helikopter.

Ujarnya, satu perempat daripada bantuan itu adalah terus dari negeri dan stor tentera, manakala bantuan lain adalah lesen yang dikeluarkan kepada pengilang.

Sementara itu, kedutaan AS di Prague minggu lalu berkata Amerika Syarikat akan menyediakan 200 juta dolar kepada Republik Czech bagi menaik taraf tentera dan penggantian peralatan yang dihantar ke Ukraine.

Republik Czech telah menjadi salah satu penyokong Kyiv terawal dan terkuat sejak Rusia menyerang Ukraine setahun yang lalu. - Reuters

Media Baharu