fb fb fb fb fb

Seorang wanita meninggal dunia setiap dua minit semasa mengandung, bersalin - WHO

(FOTO HIASAN)

GENEVA, 23 Februari - Seorang wanita meninggal dunia setiap dua minit akibat komplikasi kehamilan atau melahirkan anak walaupun kadar kematian ibu menurun sebanyak satu pertiga dalam tempoh 20 tahun.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata trend kematian ibu cukup ketara sejak beberapa tahun ini berikutan kemunduran penjagaan kesihatan.

(Tedros Adhanom Ghebreyesus / FOTO FAIL AFP)

"Walaupun kehamilan sepatutnya menjadi masa yang penuh harapan dan pengalaman yang positif untuk semua wanita, ia secara tragis masih merupakan pengalaman yang amat berbahaya bagi jutaan orang di seluruh dunia," kata Tedros.

Katanya, statiktik terbaharu itu mendedahkan wujud keperluan mendesak untuk memastikan wanita perlu mempunyai akses kesihatan kritikal sebelum, semasa dan selepas bersalin.

Ini membolehkan golongan itu melaksanakan hak reproduktif mereka sepenuhnya.

Laporan terbaharu itu merekodkan kes kematian ibu di peringkat nasional, serantau dan global dari tahun 2000 hingga tahun 2020.

Laporan tersebut menunjukkan terdapat kira-kira 287,000 kematian ibu di seluruh dunia pada 2020.-AFP

Media Baharu