fb fb fb fb fb

PM Lee letak jawatan, Lawrence Wong bentuk kabinet baharu

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong / Foto Reuters

SINGAPURA, 13 Mei - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada Isnin menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden, Tharman Shanmugaratnam dengan mengatakan beliau dan kerajaannya akan meletakkan jawatan pada Rabu.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, Lee dalam suratnya berkata beliau menasihati Presiden untuk menjemput Lawrence Wong membentuk kerajaan baharu.

Presiden Tharman menerima pengunduran itu dan akan melantik Wong sebagai Perdana Menteri, sekali gus melantik barisan kabinetnya.

Kerajaan baharu Singapura akan menyaksikan Gan Kim Yong dan Heng Swee Keat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Gan akan kekal selaku Menteri Perdagangan dan Industri dan akan menggantikan tugas Wong sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kewangan Negara.

Manakala Lee dan Teo Chee Hean pula akan menjadi menteri kanan dalam kabinet baharu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN