fb fb fb fb fb

Iklan perkhidmatan haji palsu, Arab Saudi nasihat umat Islam tidak terpengaruh

Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial / Foto Hiasan

RIYADH, 13 Mei - Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.

Memetik laporan agensi berita Arab Saudi (SPA) yang memetik kenyataan Direktorat Agung Keselamatan Awam Arab Saudi, iklan palsu tersebut bertujuan memperdaya dan menipu masyarakat tentang perkhidmatan yang diberikan menerusi individu atau agensi yang tidak diketahui.

Antara perkhidmatan yang dijanjikan menerusi iklan berkenaan adalah seperti perkhidmatan menunaikan haji bagi pihak lain, penyediaan dan pengagihan haiwan korban untuk jemaah haji dan perkhidmatan pengangkutan.

‘The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilization of Hady & Adhi’ (Adahi) merupakan pihak berkuasa rasmi yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi.

Pihak tersebut bertanggungjawab menguruskan kupon Hady, Adahi, Fidyah, and Sedekah bagi pihak jemaah haji.

“Penguatkuasaan dan penalti akan dikenakan ke atas sesiapa yang melanggar undang-undang,"  kata kenyataan itu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN