fb fb fb fb fb

Jepun perkenal tempahan dalam talian untuk pendakian ke Gunung Fuji

Sistem tempahan dalam talian untuk laluan paling popular di Gunung Fuji diperkenalkan pihak berkuasa Jepun bagi mengurangkan peningkatan pelancong / Foto Reuters

TOKYO, 13 Mei - Sistem tempahan dalam talian untuk laluan paling popular di Gunung Fuji diumumkan pada Isnin oleh pihak berkuasa Jepun bagi mengurangkan peningkatan pelancong.

Gunung tertinggi di Jepun itu akan menjadi semakin sesak semasa kembara musim panas, menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kerosakan alam sekitar.

Untuk mengurangkan kesesakan di Laluan Yoshida, laluan pilihan bagi kebanyakan pejalan kaki, wilayah Yamanashi merancang untuk mengehadkan penyertaan harian kepada 4,000 orang, yang turut akan mengenakan bayaran AS$13 setiap seorang.

Namun, untuk menangani kebimbangan sesetengah pendaki bahawa mereka akan ditolak sebaik sahaja had harian dicapai, tahun ini tempahan dalam talian juga akan diperkenalkan buat pertama kali.

Sistem itu akan menjamin kemasukan orang ramai melalui pintu masuk baharu, "membolehkan mereka merancang lebih awal," kata pegawai kerajaan wilayah Yamanashi, Katsuhiro Iwama.

Tempahan dalam talian akan dibuka pada 20 Mei untuk musim mendaki Julai-September. Setiap hari sekurang-kurangnya 1,000 tempat akan disimpan secara percuma untuk kemasukan segera.

Gunung Fuji yang dilitupi salji hampir sepanjang tahun, namun pada musim panas, lebih 220,000 pelawat menyusuri cerun berbatu yang curam, mendaki sepanjang malam untuk melihat matahari terbit.

Ada yang cuba mencapai puncak setinggi 3,776 meter (12,388 kaki) itu.

Rekod bilangan pelancong luar negara yang melancong ke Jepun pada bulan Mac melebihi tiga juta buat pertama kalinya.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN