fb fb fb fb fb

PM Iraq kutuk serangan artileri di kawasan pelancongan Kurdistan

(Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhemi/Fail AFP)

BAGHDAD, 21 Julai- Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhemi mengutuk serangan artileri yang didakwa dilancarkan oleh tentera Turkiye di wilayah autonomi Kurdistan negara itu sebagai "pelanggaran nyata" terhadap kedaulatan wilayah.

"Turkiye sekali lagi telah melakukan pencabulan terang-terangan terhadap kedaulatan Iraq," katanya di Twitter.

Beliau juga menegaskan bahawa Iraq mempunyai hak untuk membalas dendam.

Terdahulu, sembilan orang awam termasuk dua kanak-kanak dilaporkan terbunuh manakala 23 cedera di wilayah Kurdistan utara Iraq, apabila tembakan meriam mengenai sebuah taman.

Ketua wilayah Zakho, Mushir Bashir kberkata mangsa kebanyakannya adalah "pelancong Arab Iraq, dari tengah dan selatan Iraq.

"Turkiye menyerang kampung itu dua kali hari ini," kata Bashir kepada AFP.

Ketika bercakap kepada penyiar tempatan Bashir berkata bahawa "tembakan artileri Turkiye ke kawasan pelancongan Parakh membunuh orang awam".

Seorang pegawai kerajaan Kurdish pada mulanya melaporkan sekurang-kurangnya lima maut dalam kejaadian.

(Pasukan keselamatan berkumpul di luar hospital di Zakho/REUTERS)

Mangsa ialah pelancong yang datang ke perkampungan bukit Parakh di daerah Zakho untuk melarikan diri daripada suhu terik di selatan negara itu, tambah Bashir.

Sumber di Kementerian Pertahanan Turkiye bagaimanapun berkata beliau "tiada maklumat yang melaporkan atau mengesahkan tembakan artileri di kawasan berkenaan".

Turkiye melancarkan serangan baharu di utara Iraq pada April lalu yang dikatakan menyasarkan anggota sayap bersenjata Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Ditunjuk sebagai kumpulan pengganas oleh Ankara dan sekutu Baratnya, PKK melancarkan pemberontakan terhadap negara Turkiye sejak 1984 yang telah meragut puluhan ribu nyawa. -AFP

Media Baharu