fb fb fb fb fb

Ukraine diberi lebih banyak masa untuk bayar faedah hutang

(Bendera Ukraine digantung di balkoni bangunan kediaman yang musnah di Irpin, Ukraine/AFP)

PARIS, 21 Julai- Sekumpulan negara Barat membenarkan Ukraine menangguhkan pembayaran faedah ke atas hutangnya dan menggesa negara lain agar turut berbuat demikian.

Penangguhan pembayaran dari Ogos hingga sekurang-kurangnya akhir 2023 adalah atas permintaan kerajaan Ukraine, yang berhasrat mengutamakan pembiayaan peperangan.

"Dalam keadaan luar biasa ini, dan mengakui rekod prestasi teladan Ukraine dalam menghormati perkhidmatan hutang setakat ini, ahli kumpulan pemiutang Ukraine menyokong permintaan ini untuk menangguhkan pembayaran faedah," kata mereka dalam satu kenyataan.

Kumpulan itu, termasuk Britain, Perancis, Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat, menyeru negara lain yang telah meminjamkan wang kepada Ukraine supaya turut serta dalam usaha itu.

Ini termasuk pemegang bon Ukraine.

Mereka berkata kelewatan itu "akan mewakili sokongan substantif untuk kerajaan dan rakyat Ukraine".

Ekonomi Ukraine terjejas teruk akibat pencerobohan Rusia, dengan Bank Dunia menganggarkan ia boleh menguncup sebanyak 45% tahun ini.

Bloomberg pula menganggarkan bahawa kelewatan itu boleh menjimatkan perbelanjaan Ukraine sebanyak AS$3 bilion dalam tempoh dua tahun. -AFP

(Pegawai polis melihat perhentian bas, masjid dan bangunan yang rosak akibat serangan
tentera Rusia, di Kharkiv, Ukraine/REUTERS)

Media Baharu