TBILISI, 26 Oktober- Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan berharap dapat menandatangani perjanjian damai dengan musuh ketatnya Azerbaijan dalam beberapa bulan akan datang, selepas Baku menawan semula Nagorno-Karabakh daripada pemisah etnik-Armenia.
Pashinyan berkata pihaknya sedang mengusahakan draf perjanjian dengan Azerbaijan mengenai keamanan dan membaik pulih hubungan.
"Saya berharap proses ini akan berjaya dimuktamadkan dalam beberapa bulan akan datang.
"Kami mempunyai hubungan baik dengan semua negara jiran, bukan sahaja dengan Turkiye dan Rusia tetapi juga dengan Georgia dan Iran.
"Kami berharap dapat menjalinkan hubungan baik dengan Armenia serta dikelilingi oleh kejiranan yang stabil," kata Pashinyan dalam ucapan di Forum Ekonomi Antarabangsa di Georgia di sini.
Baku menguasai kawasan pergunungan pada September dalam serangan yang menamatkan pemerintahan pemisah pro-Armenia selama beberapa dekad.- AFP