ATHENS, 26 Oktober- Penunjuk perasaan turun ke jalan raya di Athens pada Rabu untuk menunjukkan sokongan kepada Palestin.
Penunjuk perasaan berarak dari Dataran Syntagma sambil membawa sepanduk dan bendera Palestin untuk menunjukkan sokongan kepada negara tersebut.
Mereka mengadakan perhimpunan anti-Israel di beberapa kawasan untuk menyuarakan kemarahan terhadap letupan yang mengorbankan ratusan penduduk Palestin di sebuah hospital dalam konflik Israel-Hamas.
Sekurang-kurangnya 6,546 rakyat Palestin terbunuh dalam konflik tersebut.
Seramai 2.3 juta penduduk Gaza pula telah kehabisan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api, dengan konvoi bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza hanya membawa sebahagian kecil daripada apa diperlukan. - REUTERS