fb fb fb fb fb

Kes tembakan rambang di AS, suspek masih diburu polis

Foto AFP

AMERIKA SYARIKAT, 26 Oktober- Suspek tembak mati lebih 20 orang awam di negeri Maine, Amerika Syarikat (AS) masih diburu polis.

Menurut Pegawai Keselamatan Awam Maine, Mike Sauschuck, pihak polis membuat operasi besar-besaran untuk memburu suspek dikenali Robert Card itu.

"Card seorang tenaga pengajar senjata api bertauliah dan juga anggota pasukan simpanan tentera AS.

"Tembakan turut berlaku di beberapa premis," kata Mike kepada pemberita di sini.

Menerusi kamera litar tertutup (CCTV), suspek dilihat memegang raifal separa automatik sebelum menembak orang ramai secara rambang.

Dalam insiden berkenaan, 22 orang maut manakala berpuluh-puluh lagi cedera.

Ibu kota Lewiston telah dikawal ketat oleh polis susulan insiden berkenaan dengan para peniaga telah diarah menutup premis masing-masing dan diminta berada di tempat yang selamat. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM