fb fb fb fb fb

Lebih 7,000 orang terkorban di Gaza

Foto AFP

PALESTIN, 26 Oktober- Sekurang-kurangnya 7,028 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.

Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas berkata kira-kira 2,913 kanak-kanak dan 1,709 wanita antara yang terkorban dalam serangan berkenaan.

Jumlah kematian itu paling tinggi dicatat sejak konflik Israel-Palestin.

Serangan udara tentera rejim zionis semakin melampau apabila turut menyasarkan kem pelarian Gaza.

Usaha pencarian mangsa yang hilang di bawah runtuhan sedang giat dijalankan. - AFP

 

 

 

 

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM